Myspace Comments, Glitter Graphics at GlitterYourWay.com


Monday, June 2, 2008

Kem Cuti Sekolah

Salam,

Cuti sekolah kali ni Transkidz anjurkan Kem Cuti Sekolah selama seminggu, ianya terbuka kepada pelajar Transkidz dan juga pelajar luar, untuk pelajar tahun 1- 6. Kem ini bermula pada 2 - 6 Jun 2008. Berbagai aktiviti menarik dan berfaedah disediakan untuk pelajar. Kandungan aktiviti dibuat sebagai persediaan menempuh penggal baru minggu hadapan.

Yuran yang dikenakan ialah RM150.00 termasuk snek pagi, makan tengahari dan snek petang.

Sertai kami sekarang.

Itinerari:

Isnin 2/6/08 Kem Penghayatan Solat :

1. Mengenal jenis-jenis Air
2. Praktikal Solat & Wudhu’
3. Bacaan Dalam Solat
4. Nasyid & Kuiz

Selasa 3/6/08 Math Day :

1. Multiplication & Division
2. Kotak Beracun
3. Ascending & Descending Order

Rabu 4/6/08 English Day :

1. Spelling Competition
2. Present Tense & Past Tense
3. Singular, Plural & Articles
4. Acting

Khamis 5/6/08 Science Day :

1. Identify the parts of animals
2. The magic of batteries
3. Game (animal sounds)

Jumaat 6/6/08 Telematch :

FUN...Games, games, games

Tuesday, May 20, 2008

Daycare Program During School Holidays!

Generate Your Own Glitter Graphics @ GlitterYourWay.com - Image hosted by ImageShack.us coming soon at Transkidz!

Wednesday, April 23, 2008

DISLEKSIA: ANAK SUKAR MEMBACA

Salam buat semua,

Kali ini Transkidz ingin berkongsi masalah Disleksia di kalangan kanak-kanak. Kesukaran membaca mungkin biasa di kalangan kanak-kanak berusia 5 tahun. Namun, jika ia berlaku kanak-kanak yang berusia 9 tahun, ia bukan satu perkara biasa. Kanak-kanak yang mendapati membaca dan menulis adalah terlalu sukar dikenali sebagai DYSLEKSIA (DISLEKSIA). Disleksia sering dirujuk sebagai Kesukaran Pembelajaran Tertentu.

Punca Disleksia tidak diketahui, tetapi dipercayai dua hemispheres otak berjalan dalam dua cara berbanding orang lain dan menyebabkan masalah pembelajaran tertentu. 90% masalah Disleksia adalah diwarisi, jadi amat penting untuk anda memeriksa samada keluarga anda atau sebelumnya mempunyai masalah menulis, mengeja atau kebolehan membaca. Berbanding kanak-kanak perempuan, kanak-kanak lelaki lebih banyak menghadapai masalah ini dengan kadar nisbah 1:4. Ini berkemungkinan kerana kawasan otak lelaki yang lebih lambat matang sehingga usia awal remaja.

Petanda Kanak-kanak Disleksia

Kanak-kanak Disleksia mungkin mengalami perkembangan yang lambat seperti asal kemahiran berjalan, bercakap dan latihan tandas. Masalah pertama biasanya bermula dengan membaca dan menulis.

Pembacaan:

-Kemajuan pembacaan yang lemah
-Mendapati sukar untuk menyatukan huruf bersama-sama
-Kesukaran untuk memantapkan pembahagian sukukata atau untuk mengetahui permulaan dan akhir perkataan
-Tiada ekspresi pembacaan
-Teragak-agak dan berusaha keras semasa membaca terutama semasa membaca secara lisan
-Semasa membaca akan tercicir perkataan atau menambah perkataan
-Gagal untuk mengenal perkataan yang lazim
-Mempunyai kesukaran untuk mengidentifikasi fakta penting dalam sebuah karangan

Penulisan:

-Standard penulisan yang lemah berbanding dengan kebolehan lisan
-Sentiasa keliru dengan perkataan yang kelihatan sama terutama b/d, p/g, n/u, m/w
-Akan membua perkataan terbalik (anagrams) cth: bagi untuk pagi, subu untuk sudu
-Menghasilkan fonetik dan ejaan yang luarbiasa dan tidak bersesuaian dengan umur mahupun kebolehan seseorang
-Mengguna aturan huruf atau ayat yang berlainan

Petanda-petanda lain:

-Lebih bijak dalam hal lain berbanding kerja-kerja sekolahnya
-Bijak dalam sesetengah hal dan langsung tidak tahu mengenai perkara lain
-Mengeja perkataan dengan cara berbeza tetapi tidak tahu mana yang betul
-Meletakkan nombor dan huruf dengan kedudukan yang salah seperti 15 kepada 51, 9 kepada 6
-Tahap penumpuan yang teruk ketika membaca dan menulis
-Keliru kedudukan kiri dan kanan
-Sukar mengikut arahan terutama arahan yang lebih daripada satu seperti ‘sikat rambut dan berus gigi awak’
-Agak cuai dan pergerakan yang tidak terurus
-Kurang memahami masa atau tatabahasa
-Keliru bunyi percakapan
-Baik dalam tugasan 3 dimensi seperti Lego dan membuat model berbanding 2 dimensi seperti teka silangkata
-Tidak dapat meniru sesuatu secara tepat


Semasa tahun pertama penubuhan TransKidz tahun 2007, ada a few pelajar tahun satu yang ada problem disleksia walaupun tak teruk sangat. Pelajar-pelajar ni walaupun tak teruk, tetapi actually mengganggu kemajuan pembelajaran mereka. Tambahan pulak silibus tahun satu pun agak ‘berat’, jadi pelajar ni rasa terbeban. Melalui Program Bantuan Kerja Sekolah dan Program Ulangkaji, kami dapat mengesan tahap kemajuan pelajar-pelajar dan kami akan menghantar lapuran kemajuan pelajar kepada ibubapa supaya mereka tahu dimana kelemahan anak-anak mereka dan boleh buat ‘pemulihan’ sendiri di rumah. Tetapi, ada sesetengah ibubapa yang terlalu sibuk bekerja tak sempat nak buat ‘pemulihan’ ni. Jadi, dek kerana terlalu kesian dan risaukan pelajar-pelajar ni, cikgu-cikgu kami mengambil inisiatif sendiri membantu pelajar-pelajar supaya lancar membaca dan menulis, buatlah flash cards dan lain-lain lagi. Alhamdulillah, disebabkan pemantauan konsisten lama kelamaan ada perubahan pada pelajar-pelajar ni.

Bermula tahun 2008, TransKidz menyediakan Kelas Cepat Baca untuk pelajar-pelajar yang ada masalah disleksia. Kami akan cadangkan kepada ibubapa supaya join kelas ni untuk kebaikan anak mereka. Program Cepat Baca yang digunakan di TransKidz ialah Program e-Xra, singkatan kepada ‘eclectic-Express reading approach’. E-Xra menggunakan teknik membaca cepat melalui pengecaman bunyi sukukata tanpa perlu mengenal huruf dan mengeja. Kanak-kanak boleh membaca sejurus mengenal dua suku kata yang pertama. Kaedah ni memudahkan ububapa dan guru mengajar anak-anak membaca dengan lebih berkesan, sistematik dan cepat.

Kaedah ini mendapat ANUGERAH REKACIPTA 2003 daripada kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Ia juga mendapat PINGAT EMAS di 5th Invention/Innovation Competition 2006yang dikendalikan oleh Kemenetrian Sains, Teknolgi dan Alam Sekitar.

Program e-Xra di TransKidz terbuka juga kepada kanak-kanak luar seawal umur 4 tahun. Kelas akan dikendalikan pada hari Sabtu dan Ahad. Sekiranya memerlukan maklumat lanjut, silalah hubungi kami. Salam.

Monday, April 21, 2008

JAWATAN KOSONG : GURU TETAP




Salam buat semua..

Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, jawatan kosong untuk Guru Tetap masih terbuka. Kami mencari guru yang serius ingin mendidik kanak-kanak melalui program yang disediakan di TransKidz dan guru yang boleh berkongsi wawasan dengan TransKidz. Kepada sesiapa yang berminat, silalah hubungi kami untuk sesi temuduga dengan segera.

Ciri-ciri yang perlu dimiliki:

  1. Muslimah
  2. Minat dalam pendidikan kanak-kanak
  3. Mempunyai latar belakang pendidikan agama dan/atau bahasa Arab
  4. Sekurang-kurangnya mempunyai kelayakan SPM

Makanan dan tempat tinggal disediakan percuma.

Hubungi kami: 016 308 1046/ 012 277 6825/ 013 223 0224

Salam dari TransKidz

Monday, April 14, 2008

Lokasi TransKidz




Salam buat semua,

Lokasi kami di Wangsa Maju, to be specific Jalan Wangsa Melawati 4. Kalau datang dari Jalan Ampang/Jalan Jelatek, Sri Rampai, kena pass by Carrefour Wangsa Maju. Pergi further up, buat lencongan ke kiri sikit, kat traffic light tu buat u-turn, Dalam 5 saat, ambik simpang ke kiri dan lepas tu ke kanan pulak. Kat kiri kanan jalan ni ada deretan gerai goreng pisang dan kuih-muih (yg paling famous kedai karipap.com...memang best karipap dia!). Lepas gerai-gerai ni, akan jumpa shop house kat sebelah kanan (ada klinik Khidmat Rawat, then masuk ke kanan ke Jalan Wangsa Melawati 4. Kami kat rumah lot tepi nombor 50, depan padang.

Kalau dari MRR2 (either dari Selayang/Ampang), landmark ialah Giant Taman Permata. Kat situ ada simpang empat. Kalau dari Selayang ambik simpang ke kanan, kalau dari Ampang ambik ke kiri. Dalam beberapa saat, akan jumpa simpang tiga, ambik ke kanan (ke arah Carrefour). Pergi terus, lepas kawasan perumahan sebelah kiri, jumpa shophouse sebelah kiri dan masuk ke Jalan Wangsa Melawati 4. Kami kat rumah lot tepi nombor 50, depan padang.

Jemput-jemputlah ke TransKidz. Kalau nak datang, buat appointment dulu tau!

till then.

Wednesday, April 9, 2008

Konsep Kami Berbeza

Salam buat semua,

Konsep kami ialah Pusat Transit Sehenti (One Stop Transit Centre. Disamping menyediakan khidmat transit untuk kanak-kanak sebelum dan selepas sekolah, kami menyediakan berbagai program berfaedah lain untuk mengisi waktu tersebut. Jagaan sebelum sekolah ialah untuk kanak-kanak sesi petang sekolah kebangsaan manakala jagaan selepas sekolah ialah untuk kanak-kanak sesi pagi sekolah kebangsaan.TransKidz terbuka untuk kanak-kanak yang berusia 6 hingga 12 tahun.

Program yang disediakan di TransKidz:

Program Bantuan Kerja Sekolah: Guru-guru kami akan membantu pelajar yang tidak memahami arahan atau matapelajaran tersebut
.

Program Ulangkaji: Pelajar akan membuat ulangkaji di dalam matapelajaran utama setiap hari selari dengan topik yang dipelajari di sekolah. Ulangkaji yang berterusan akan membuatkan pelajar mudah untuk memahami dan sentiasa mengingati apa yang dipelajari.

Fardhu Ain : Pelajar akan mempelajari Fardhu ‘Ain menggunakan silibus JAIS dari guru kami yang berkelayakan di bidang ini. Pelajar juga berpeluang untuk solat secara berjemaah (sesi petang sahaja).

Iqra’/Al-Quran: Pelajar akan belajar membaca Al-Qur’an (Rasm Uthmani) beserta Tajwid dari guru kami yang berkelayakan di bidang ini secara kaedah talaqqi dengan menggunakan sistem yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan.

Komputer : Kelas komputer akan diadakan seminggu sekali dan pelajar akan belajar asas penggunaan komputer.

Pembangunan Diri : Pelajar akan mempelajari program pembangunan diri dan etika Islam sebagai persediaan untuk menjadi Muslim yang berjaya dan berdikari.

Program Waktu Lapang: Pelajar berpeluang menjalani aktiviti seni dan kraf, riadah, permainan ‘in door’ dan ‘out door’.

Kami percaya kanak-kanak akan mendapat manfaat sepenuhnya di TransKidz. Kelas akan dikendalikan dalam kumpulan kecil kerana kami ingin memberi memberi ‘one-to-one attention’ agar kanak-kanak dapat memahami dengan baik. Guru-guru kami mempunyai kelayakan secukupnya untuk mengendalikan program yang ditawarkan. Masa transit kanak-kanak akan terisi dengan aktiviti berfaedah, dan yang paling penting ianya membantu ibubapa menghabiskan masa kualiti bersama anak-anak di rumah dan anak-anak juga mempunyai masa rehat di waktu malam kerana tanggungjawab sebagai pelajar untuk membuat kerja sekolah, ulangkaji, belajar Al-Qur’an dan Fardhu ‘Ain telah pun diselesaikan di TransKidz.


Waktu operasi:
Sesi Pagi : Isnin – Jumaat (7.30am hingga 12.30pm)
Sesi Petang : Isnin – Jumaat (12.30p.m hingga 6.30pm)


Nak tahu lebih lanjut, come and visit us!

Saturday, April 5, 2008

A Trip to Petrosains


Good day!

Tiba-tiba teringat pasal satu trip yang kami buat tahun lepas. It was great and we had a lovely time together. Masa tu TransKidz buat kem cuti sekolah dan salah satu program yang kami buat, kami bawa semua anak-anak pergi ke Petrosains. Rupa-rupanya ada diantara anak-anak TransKidz yang tak pernah pun lagi naik LRT so dia punya excitement tu memang tak boleh nak cover dah. Insya' Allah, tahun ni kita buat program yang macam ni lagi. Enjoy the pix!

BarakAllahu fikum..



Untuk Cikgu Along, Cikgu Angah, Auntie Zura, Cikgu Naza dan Cikgu Leha di atas segala tenaga, kebaikan, keprihatinan, keikhlasan dan kesungguhan sepanjang tahun 2007 untuk menjadikan TRANSKIDZ sebagai pusat jagaan yang terbaik. Semoga segala pengalaman yang telah dikutip akan menjadikan kita semua pendidik yang lebih sempurna.

Salam dari TransKidz.

Photo Album 1


Hi!
Kat depan Transkidz ada playground, short jogging track, court basketball and tempat lapang yang orang boleh pergi and have a picnic. Bila free, kami pun ada pergi main layang-layang dan makan-makan kat situ. Best. Ni ada gambar masa kami buat program dulu.
Lepas lari sana sini, Auntie Dian datang bawa kek and satay! Punya kenyang makan. Alhamdulillah. Nanti dah lepas musim hujan sehari dua ni, kita picnic lagi ya!

Jom join TRANSKIDZ!


Minat di dalam pendidikan kanak-kanak
· Latar belakang pendidikan agama (mengajar Fardhu Ain, Tajwid, Jawi)
· Ingin mencari pengalaman sebelum menceburi bidang perguruan
· Tempat tinggal, makan minum dan bil tempat tinggal ditanggung oleh pihak pengurusan
· Muslimah sahaja

Sesiapa yang berminat sila hubungi kami:
TRANSKIDZ,
No 50, Jalan Wangsa Melawati 4, 53300 Kuala Lumpur.
Tel: 017-2788069









Selamat Datang!

Assalamu'alaikum

Syukur ke hadrat Allah, dengan segala usaha kami selama ini, bermula satu episod baru untuk
TransKidz . Kami berharap blog ini akan banyak membantu menyampaikan kepada umum konsep yang telah kami wujudkan untuk membantu ibu bapa menyempurnakan hari mereka.Kami mengharapkan sokongan yang berterusan daripada semua pihak untuk menjayakan apa yang telah kami mulakan pada hujung tahun 2006. Terima kasih semua.

Ikhlas,

Pengurusan TransKidz