Salam buat semua,
Kali ini Transkidz ingin berkongsi masalah Disleksia di kalangan kanak-kanak. Kesukaran membaca mungkin biasa di kalangan kanak-kanak berusia 5 tahun. Namun, jika ia berlaku kanak-kanak yang berusia 9 tahun, ia bukan satu perkara biasa. Kanak-kanak yang mendapati membaca dan menulis adalah terlalu sukar dikenali sebagai DYSLEKSIA (DISLEKSIA). Disleksia sering dirujuk sebagai Kesukaran Pembelajaran Tertentu.
Punca Disleksia tidak diketahui, tetapi dipercayai dua hemispheres otak berjalan dalam dua cara berbanding orang lain dan menyebabkan masalah pembelajaran tertentu. 90% masalah Disleksia adalah diwarisi, jadi amat penting untuk anda memeriksa samada keluarga anda atau sebelumnya mempunyai masalah menulis, mengeja atau kebolehan membaca. Berbanding kanak-kanak perempuan, kanak-kanak lelaki lebih banyak menghadapai masalah ini dengan kadar nisbah 1:4. Ini berkemungkinan kerana kawasan otak lelaki yang lebih lambat matang sehingga usia awal remaja.
Petanda Kanak-kanak Disleksia
Kanak-kanak Disleksia mungkin mengalami perkembangan yang lambat seperti asal kemahiran berjalan, bercakap dan latihan tandas. Masalah pertama biasanya bermula dengan membaca dan menulis.
Pembacaan:
-Kemajuan pembacaan yang lemah
-Mendapati sukar untuk menyatukan huruf bersama-sama
-Kesukaran untuk memantapkan pembahagian sukukata atau untuk mengetahui permulaan dan akhir perkataan
-Tiada ekspresi pembacaan
-Teragak-agak dan berusaha keras semasa membaca terutama semasa membaca secara lisan
-Semasa membaca akan tercicir perkataan atau menambah perkataan
-Gagal untuk mengenal perkataan yang lazim
-Mempunyai kesukaran untuk mengidentifikasi fakta penting dalam sebuah karangan
Penulisan:
-Standard penulisan yang lemah berbanding dengan kebolehan lisan
-Sentiasa keliru dengan perkataan yang kelihatan sama terutama b/d, p/g, n/u, m/w
-Akan membua perkataan terbalik (anagrams) cth: bagi untuk pagi, subu untuk sudu
-Menghasilkan fonetik dan ejaan yang luarbiasa dan tidak bersesuaian dengan umur mahupun kebolehan seseorang
-Mengguna aturan huruf atau ayat yang berlainan
Petanda-petanda lain:
-Lebih bijak dalam hal lain berbanding kerja-kerja sekolahnya
-Bijak dalam sesetengah hal dan langsung tidak tahu mengenai perkara lain
-Mengeja perkataan dengan cara berbeza tetapi tidak tahu mana yang betul
-Meletakkan nombor dan huruf dengan kedudukan yang salah seperti 15 kepada 51, 9 kepada 6
-Tahap penumpuan yang teruk ketika membaca dan menulis
-Keliru kedudukan kiri dan kanan
-Sukar mengikut arahan terutama arahan yang lebih daripada satu seperti ‘sikat rambut dan berus gigi awak’
-Agak cuai dan pergerakan yang tidak terurus
-Kurang memahami masa atau tatabahasa
-Keliru bunyi percakapan
-Baik dalam tugasan 3 dimensi seperti Lego dan membuat model berbanding 2 dimensi seperti teka silangkata
-Tidak dapat meniru sesuatu secara tepat
Semasa tahun pertama penubuhan TransKidz tahun 2007, ada a few pelajar tahun satu yang ada problem disleksia walaupun tak teruk sangat. Pelajar-pelajar ni walaupun tak teruk, tetapi actually mengganggu kemajuan pembelajaran mereka. Tambahan pulak silibus tahun satu pun agak ‘berat’, jadi pelajar ni rasa terbeban. Melalui Program Bantuan Kerja Sekolah dan Program Ulangkaji, kami dapat mengesan tahap kemajuan pelajar-pelajar dan kami akan menghantar lapuran kemajuan pelajar kepada ibubapa supaya mereka tahu dimana kelemahan anak-anak mereka dan boleh buat ‘pemulihan’ sendiri di rumah. Tetapi, ada sesetengah ibubapa yang terlalu sibuk bekerja tak sempat nak buat ‘pemulihan’ ni. Jadi, dek kerana terlalu kesian dan risaukan pelajar-pelajar ni, cikgu-cikgu kami mengambil inisiatif sendiri membantu pelajar-pelajar supaya lancar membaca dan menulis, buatlah flash cards dan lain-lain lagi. Alhamdulillah, disebabkan pemantauan konsisten lama kelamaan ada perubahan pada pelajar-pelajar ni.
Bermula tahun 2008, TransKidz menyediakan Kelas Cepat Baca untuk pelajar-pelajar yang ada masalah disleksia. Kami akan cadangkan kepada ibubapa supaya join kelas ni untuk kebaikan anak mereka. Program Cepat Baca yang digunakan di TransKidz ialah Program e-Xra, singkatan kepada ‘eclectic-Express reading approach’. E-Xra menggunakan teknik membaca cepat melalui pengecaman bunyi sukukata tanpa perlu mengenal huruf dan mengeja. Kanak-kanak boleh membaca sejurus mengenal dua suku kata yang pertama. Kaedah ni memudahkan ububapa dan guru mengajar anak-anak membaca dengan lebih berkesan, sistematik dan cepat.
Kaedah ini mendapat ANUGERAH REKACIPTA 2003 daripada kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Ia juga mendapat PINGAT EMAS di 5th Invention/Innovation Competition 2006yang dikendalikan oleh Kemenetrian Sains, Teknolgi dan Alam Sekitar.
Program e-Xra di TransKidz terbuka juga kepada kanak-kanak luar seawal umur 4 tahun. Kelas akan dikendalikan pada hari Sabtu dan Ahad. Sekiranya memerlukan maklumat lanjut, silalah hubungi kami. Salam.